Welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Thursday, February 12, 2009

Pengawalan penyakit

SaLAM...disini ada sedikit info berkenaan cara mengawal ternakan daripada penyakit (sumber diambil dari Fishplaza)

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh
menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),
dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan
suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan
menyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepat
panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan
di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan
akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di
dalam kolam.

ii) Sumber dan Mutu Air

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan
pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,
kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara
6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan
menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi
peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan
kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia
seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga
turut mengalami tekanan.

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu
fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah
diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,
Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi
dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan
menyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah
mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan
supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke
kolam yang lain.

C) Pengawalan Patogen

1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk
mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.
Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus
dan Lernaea.

2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan
membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.
Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm
selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat
menanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.

4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat
disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan
tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh
menyebabkan penyakit primier.

6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat
terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai
patogen yang akan menjangkiti anak ikan.

7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan
makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen
menyerang ikan.

No comments:

Post a Comment